Tuesday, May 11, 2010

Pengalaman Awal Pekerjaan..Fuh!!


Salam ukhwah. cerita yang penulis ingin kongsi pada kali ini sedikit berbeza. Penulis ingin berkongsi pengalaman dalam menjalani pengalaman latihan awal di alam pekerjaan atau latihan Amali/ Industri. penulis melakukan latihan amali/industri di Jabatan Agama Islam negeri Kedah.

Apa yang ingin penulis kongsikan..sesungguhnya pengalaman bekerja di peringkat permulaan ini adalah satu latihan yang cukup bagi mahasiswa universiti untuk menghadapi pengalaman bekerja yang sebenar pada masa akan datang. Sememangnya antara perkara-perkara yang dilakukan ketika melakukakn latihan amali memang tidak dapat digambarkan dan dibayangkan. sememangnya jangkaan atau gambaran belum tentu menyamai apa yang berlaku secara realiti.So,realiti perlu kita telusuri untuk mengetahui keadaan sebenar. Penulis Mengucapkan syabas untuk pihak Universiti kerana mengadakan satu program seperti ini bagi membantu pelajar dari menghadapi "shock" di alam pekerjaan pada masa akan datang.

Faedah atau manfaat lain yang boleh didapati melalui latihan amali/industri ini. ialah kita dapat melakukan pekerjaan yang "luar biasa".hu3..seperti membancuh air, mengangkat barang2 dan lain2. Selain itu, penulis dapat mengenali pekerja2 yang terlibat dengan sektor pekerjaan yang pelbagai..dengan ini dapat merapatkan lagi ukhwah yang rapat dengan cucu2 Adam. Di samping itu, faedah lain yang boleh didapati ialah pada masa akan datang, pelajar2 yang melakukan latihan amali industri dapat "lesen' untuk terus bekerja oleh penyelia agensi pada masa akan datang selepas habis belajar jika pelajar terbabit memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada pekerjaan.

Sememangnya, penulis merasakan pengalaman yang banyak perlu diraih sewaktu melakukan latihan amali/ industri. Ini kerana pengalaman itu terlalu berharga dan ianya memberi manfaat pada masa akan datang.waAllahu 'Alam





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator