Saturday, June 5, 2010

Ilmuwan Islam: Salahuddin bebas Baitulmaqdis daripada cengkaman Kristian


PERNAH solat Jumaat tidak didirikan selama 90 tahun di Baitulmaqdis kerana dikuasai tentera Kristian. Tetapi selepas tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, menakluki Kota Suci Ketiga umat Islam itu, solat Jumaat didirikan semula di sana pada Jumaat, 27 Rejab 583 Hijrah/1187 Masihi.

Salahuddin al-Ayyubi mempunyai jiwa pejuang yang ilmuwan. Keilmuan al-Ayyubi terserlah sejak dia kanak-kanak. Dia memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh dan mengetahui setiap suku kaum Arab serta adat mereka. Bahkan dia mengetahui sifat kuda Arab walaupun dia beretnik Kurd, utara Iraq. Di samping al-Quran, dia banyak menghafal syair Arab.

Salahuddin mempunyai pengetahuan luas dan gemar mendalami bidang akidah, ilmu hadis, sanad dan perawinya, syariah dan usul fiqh dan tafsir al-Quran.


Nama sebenar al-Ayyubi ialah Yusuf bin Ayyub, lahir pada 1137 Masihi. Dia dilahirkan dalam keluarga Kurdi di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah gabenor wilayah Balbaik.

Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh panglima kepada Nuruddin dan sering mewakili Nuruddin dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyah di Mesir sekitar 1160 Masihi. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada 1169 Masihi.

Ketika Salahuddin menguasai Mesir, dia berubah. Dia yakin bahawa Allah mempertanggungjawabkan kepadanya tugas berat yang tidak mungkin dapat dilaksanakan jika dia tidak bersungguh-sungguh. Sejurus dia menjadi pemerintah Mesir, dunia dan kesenangannya lenyap.

Dia menumpukan seluruh tenaganya membina kekuasaan Islam yang cukup kuat untuk menghalau orang kafir daripada tanah air Islam sejak 1099 Masihi. Salahuddin pernah berkata: “Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksud Palestin untukku.”
Perang Hittin antara Salahuddin dan gabungan kuasa Guy dari Lusignan, raja negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli pada 1187 Masihi menyaksikan kejayaan memihak tentera Islam. Dalam peperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestin ditawan bersama Reginald dari Chatillon.

Ramai tentera Salib berpangkat tinggi ditawan. Stanley Lane-Poole menceritakan seorang tentera Islam membawa 30 tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian mati dalam peperangan berkenaan.

Kejayaan tentera Islam menawan semula Baitulmaqdis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai ‘Cukai Salahuddin’.

Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa, Raja Jerman, Richard The Lion, Raja England, Philips Augustus, Raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders bersatu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tenteranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama lima tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat perjanjian di Ramla pada 1192 Masihi. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib Ketiga.

Mengenai Salahuddin dan Raja Richard, kedua-dua pemimpin amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan kepada adik lelaki Salahuddin, al-Adil, dengan kota Baitulmaqdis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal berikutan kebimbangan berhubung hal agama antara kedua-dua pihak.

Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika dia wafat, malah harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengebumiannya.

Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengebumian itu. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Salahuddin sudah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyatnya yang miskin dan sifat inilah yang menjadikan Salahuddin sebesar namanya dalam sejarah Islam.

Wednesday, May 26, 2010

Nikmat Yang Dikufuri


Salam jihad. Kali ini penulis ingin berkongsi tentang satu isu yang kebelakangan ini asyik disebut umpama buih-buih yang timbul dikala air dipanaskan. Isu membuang anak. Sahabat-sahabat anugerah yang Allah kurniakan kepada umat manusia yakni anugerah anak sememangnya anugerah yang tidak ternilai kepada pasangan yang berkahwin. Firman Allah:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ

Allah mewasiatkan kepada kalian tentang anak-anak kalian” [QS. an-Nisa' : 11]


Firman Allah lagi:

المَالُ وَالْبَنُوْنَ زِيْنَةُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

“ Harta benda dan anak-anak ialah perhiasan dunia”(QS. al-Kahfi:46)


Sesungguhnya anugerah Allah ini tidak ramai yang dapat merasanya kerana ada pasangan kahwin puluh-puluhan kahwin tetapi tidak dianugerahkan anak dan yang banyak yang dah kahwin tetapi tidak dianugerahkan anak seumur hidup. Itulah anugerah Allah yang Allah kurniakan untuk manusia terpilih untuk menikmatinya. Cepat dan lambat adalah dengan kehendak Allah. Mana mungkin pasangan yang dikurniakan anak yang dapat cepat adalah kurniaan Allah untuk hamba dikasihinyaNya. Manakala jika lambat mana mungkin Allah ingin menguji hamaNYa atau Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang..


Tetapi pada masa kini, nikmat itu telah disalahguna oleh makhluk yang bernama manusia. Mereka telah mempersia-siakan anugerah Allah ini. Bahkan mereka telah berlaku kejam terhadap anugerah Allah ini. Itukah namanya manusia. Malah tidak layak gelaran manusia tidak sesuai diberikan kepada makhluk sebegini mereka melakukan seks bebas, zina dan sebagainya sehingga melahirkan zuriat yang tidak bersalah ini. dan dengan senang-lenang, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai rasa kemanusiaan, terus membuang anugerah Allah. Itulah manusia yang kufur nikmat.


Dan akhirnya banyak perkara yang dapat kita dengar akhirnya anak di buang di dalam tong sampah, anak ditanam hidup-hidup bersama uri, anak-anak dibuang di dalam longkang, dibuang di dalam semak-samun dan paling teruk dibakar dengan api. Dan akhirnya membawa kepada pengakhiran hidup kepada makhluk Allah yang tidak berdosa ini.


Inilah manusia yang tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Sememangnya undang-undang sedia ada harus diperketatkan lagi bagi membendung gejala buang anak anak ini dari terus berleluasa. Jangan sekadar banyak melaporkan berita-berita tanpa ada langkah pencegahan yang semaksima mungkin yang perlu diambil.waAllahu ‘alam

Tuesday, May 25, 2010

Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad

Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.


Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh menitis pada wajah baginda.Baginda s.a.w. terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, laluRasulullah s.a.w. bertanya, "Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"

Rasulullah s.a.w. berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allahberserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah s.a.w.: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan."Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

Saturday, May 22, 2010

Ilmuwan Islam: Ibnu al-Baitar perintis perubatan herba

RATUSAN bahkan ribuan jenis herba kita miliki hari ini. Sebagai ubat alternatif, herba mempunyai banyak manfaatnya. Ibnu al-Baitar (w. 1248) sebagai ilmuwan perubatan Islam terkemudian sudah mengumpulkan 1,400 jenis tumbuh-tumbuhan yang dikategorikan sebagai herba dalam bukunya, Kitab al-Jami’ fi al-Adwiyah al-Mufradah (Buku Kumpulan Ubat-Ubatan). Siapa perintisnya dalam sejarah Islam? Itulah al-Asma’i yang hidup pada zaman khalifah Harun al-Rasyid daripada Khalifah Abbasiyah, yakni lebih daripada 400 tahun sebelumnya.

Nama sebenar al-Asma’i ialah Abdul Malik ibn al-Quraib yang lebih dikenali dengan Abu Said al-Asma’i. Beliau lahir di Basrah pada 122 Hijrah/740 Masihi dan meninggal dunia di kota sama pada 216 Hijrah/831 Masihi.

Ilmu tumbuh-tumbuhan yang salah satu kajiannya mengenai perubatan herba ditakrifkan dalam kitab Madinah al-’Ulum sebagai ilmu yang mengkaji keutamaan jenis tumbuh-tumbuhan, keajaiban, bentuk, manfaat, dan mudaratnya. Di samping itu ia juga mengkaji cara penggunaannya untuk perubatan.
Tarikan pada tumbuh-tumbuhan tidak hanya melahirkan ahli perubatan herba, namun juga melahirkan perkembangan menakjubkan di bidang pertanian. Termasuk, teknik baru dalam mengembangkan tanaman, bahkan pembangunan bendungan dan pengairan.

Daripada pelbagai kajian yang dilakukan ilmuwan Muslim soal tanaman ini, kemudian lahirlah ilmu mengenai perubatan herba. Dalam banyak karya penulisan Islam pada abad pertengahan, kehidupan tumbuh-tumbuhan erat kaitannya dengan ilmu perubatan dan agronomi. Bahkan kemudian, filolog Muslim menggambarkan tanaman secara sistematik. Bermacam macam jenis tumbuhan digolongkan menurut jenisnya. Ada tanaman masuk dalam golongan pohon, bunga, sayur-sayuran, dan semak belukar. Pohon juga dibahagikan menurut kualiti yang dapat dimakan dari kulit dan biji buah-buahan pohon itu.

Al-Asma’i menuliskan kajian mengenai tumbuh-tumbuhan ini dalam bukunya yang bertajuk Kitab al-Nabat wa al-Shajar (Buku Tumbuh-tumbuhan dan Pohon). Dalam buku hasil kajian dan penyelidikannya itu dibahas pada pengantarnya huraian mengenai pelbagai pendapat sekitar dunia tumbuh-tumbuhan. Pertama, beliau menjelaskan mengenai pelbagai jenis tanah berserta sifat yang menunjukkan kesesuaiannya bagi penanaman dan pengembangan tumbuh-tumbuhan.

Kemudian beliau menghuraikan pelbagai hal mengenai pepohonan termasuk di dalamnya huraian mengenai tahap-tahap pertumbuhannya. Beliau juga membahagikan jenis-jenis tanaman dan menunjukkan contoh dari setiap jenis. Akhirnya, beliau menggambarkan pelbagai jenis tumbuhan yang hidup di dataran dan padang pasir. Secara keseluruhannya, dalam buku ini, al-Asma’i menjelaskan 230 jenis tumbuh-tumbuhan.

Buku ini disunting oleh A Haffner dan Louis Syeicho dan diterbitkan pada 1908 di Beirut. Kemudian disunting semula dan dikaji oleh Dr Abdullah Yusuf al-Ghunaim pada tahun 1947 di Kaherah.
Jika di sebelah timur wilayah Islam iaitu Andalusia pada zaman keemasan Islam ada seorang ahli herba terkenal bernama Ibnu Juljul, Abu Da’ud Sulayman bin Hassan, yang menulis berbagai-bagai macam tumbuhan yang penting bagi ubat-ubatan dalam buku Maqalah termasuk sifat tumbuh-tumbuhan berkenaan.

Kemudian, beliau juga menuliskan kesan dari penggunaan tumbuh-tumbuhan itu bagi organ tubuh tertentu. Tumbuh-tumbuhan untuk herba yang ditulisnya sebanyak 28 jenis berasal dari India atau yang perjalanannya melalui jalan perdagangan India, dua dari Yaman, dua dari Mesir, satu dari Ceylan, satu dari Khwarizm, dan dua dari kota yang dekat dengan Kordoba.

Dalam bukunya itu, Ibnu Juljul kadang-kadang menuliskan nama orang yang pertama kali menggunakan tumbuhan berkenaan untuk perubatan atau orang yang menceritakan fungsi dan kesan penggunaan tumbuhan pada tubuh manusia.

Sunday, May 16, 2010

Rasulullah s.a.w dan Pengemis Yahudi Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah
Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Akhirnya...


Salam jihad. penulis kagum dengan rakyat negara Sweden dengan feedback di sebalik kejadian penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w yang dilakukan oleh penulis "karikatur" Lars Vilks. penulis juga tabik kepada pelajar dari Unversiti Uppsala yang bertindak memukul penulis " berani" itu setelah ditunjukkan video imej seks dan keagamaan. dan laungan takbir bergema di dalam dewan tersebut pada kejadian yang sama. kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Dan yang terbaru kediamannya yang terletak di Nynashamnsvage di selatan Sweden menjadi sasaran cubaan untuk membakar rumahnya. Tetapi hanya separuh kecil kerosakan yang berlaku dan beberapa bahagian menjadi hitam legam. Ini natijah di atas tindakan berani penulis tersebut yang mengatakan bahawasanya ianya kebebasan bersuara dan akhirnya ianya membawa padah kepada penulis kuffar itu.

Dan satu pujian diungkapkan kepada mahasiswa universiti Uppsala. inilah dia dipanggil mahasiswa. perlu difahami takrifan mahasiswa dan siswa adalah berbeza. Jika kita takrif siswa skopnya hanyalah sekadar belajar dan apa yang dilakukan hanyalah memberi manfaat untuk dirinya sahaja. sedangkan takrifan mahasiswa adalah mempunyai skop yang lebih luas daripada itu. Mahasiswa bukan sekadar belajar dan melakukan sesuatu perkara yang memberi manfaat kepada dirinya malahan ia mampu menterjemahkan ilmu dan mampu melakukan perkara yang bukan memberi manfaat untuk dirinya malahan untuk masyarakat, mereka mendepani isu-isu semasa dan bertindak apabila berlaku ketidakadilan dan mampu melakukan satu anjakan paradigma yang berbeza dari kebiasaannya. mereka mampu untuk menyeimbangkan semua perkara, mampu memberi sentuhan yang berkualiti yang mampu memberikan impak yang sempurna.

Dan satu pujian ditujukan sekali lagi untuk penduduk dunia apabila isu-isu keagamaan dipermainkan atau diperlekehkan. ini menunjukkan mereka tidak mahu wujud pecahbelah yang akan membawa kesan buruk pada masa akan datang hasil kerja tidak bertanggungjawab pihak tertentu. mereka mahukan keamanan bukan kerosakan. Dan pastinya penulis dapat merasakan bahawasanya mereka ini mungkin terlalu marah apabila Islam kebelakangan ini selalu dipermainkan walaupun mereka bukan beragama Islam.WaAllahu 'alam

'Aid Yaumul Muallim

Salam. ' Aid yuamul muallim kepada semua guru-guru seluruh Malaysia dan dunia Amnya dan Guru-guru yang mendidikku khususnya dari Tadika Kem lapangan terbang, Sek. Keb Kem Lapangan Terbang, Sg. Petani, Sek. Keb Khir Johari, Sg. Petani, Sek. Men Agama Sg Petani, Bedong, Kedah. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulau Pinang Dan UKM.. jasamu tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna..Puitisan Puisi nukilan Allahyarham Dr. Usman Awang dipetik daripada buku antologi puisi Guru Oh Guru ku dedikasikan..



Puisi : Guru Oh Guru

(SN Usman Awang)

Guru Oh Guru ..................
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Selamat Hari Guru.:-)














Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator