Monday, May 10, 2010

iBu

Salam ukhwah. seperti dimaklumi, kita baru sahaja menyambut Hari Ibu pada 9 Mei yang lalu. penulis tertanya-tanya Hari untuk Ibu cuma hanya untuk satu hari saja? Tersentak dengan dengan pertanyaan itu dengan satu peristiwa dilalui penulis ketika mengadakan latihan pratikkal di negeri "skuad kenari", nama yang dikenali untuk bola sepak Malaysia. Seorang pegawai bertugas di tempat praktikkal yang merangkap seorang ibu ada membaca paper dan penulis berada berdekatan dengannya, dan satu ayat yang terpancul dari naluri seorang Ibu."Hari Ibu cuma sehari sahaja ka?"...di sini terungkai lagi persoalan jikalau Hari Ibu satu hari, macam mana pula dengan hari lahir Ibu yang disambut satu hari juga. mengapa perlu pengklasifikasian hari tersebut..bukankah hari ibu tiap-tiap hari??ini bermakna kita menghargai ibu cuma untuk sehari..tetapi penulis tetap memandang positif bagi mereka menganggap hari tersebut "satu hari yang istimewa" bagi meraikan insan mulia yang bergelar. bahkan penulis turut meraikan.



Ibu,
insan yang melahirkan,
merawatku,
membesarkanku,
mendidikku,
hinggaku dewasa.

Ibu,
insan yang bersedia di saat ku masih dalam buaian tidur,
di saat kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
di saat ku lapar dahaga,
di saat ku terbangun di siang dan malam hari,

Ibu,
insan yang merawat di saat ku sakit,
di saat ku terjatuh,
di saat ku menangis,
di saat ku kesepian.

Ibu,
kupandang wajahmu di kala lenamu.
dibaluti keredhaanmu,
dibaluti dengan kesabaran,
dibaluti dengan kasih sayang
dibaluti dengan kepenatan keranaku,

Ibu,
jasamu tidak terbalas,
tiada terjual,
tiada akhirnya,
tiada taranya,
terlukis indah di dalam syurga.

kasih sayangmu sampai bila-bila,
perngorbanan tiada penghujungnya,
menderita siang dan malam hingga entah bila,
kaulah insan yang teristimewa.

semoga Allah membalas jasa dan pengorbananmu,
tangis dan doa sebagai saksi anakmu menyayangimu,
Ibu kaulah ratu dihatiku..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator