Monday, March 15, 2010

8 Bahtera Penyelamat Untuk Para Da'ie

Hidup sebagai pendakwah penuh dengan berbagai bagai-bagai cabaran. himpitan derita datang silih berganti. kadang-kadang pendakwah menderita disebabkan oleh orang lain, samada oleh orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam. Demikian lah ketentuan Allah. memang tanggungjawab berdakwah ke arah Islam adalah tanggungjawab jihad dan pengorbanan. perjuangan dakwah ialah perjungan mendaulatkan Kalimah Allah yang unggul dan menumpaskan pegangan kufur yang hina dan palsu.

Dalam menghadapi dan mengharung perjuangan melawan kebatilan ini, para pendakwah dan risalah Islamiyyah yang diperjuangkan ibarat Kapal di tengah-tengah gelombang besar yang menggila. keadaan mereka seolah-olah dalam gumpalan kegelapan yang pekat.

Bagaimana hebat sekalipun pertarungan, namun Allah dengan rahmatNya yang luas telah menyediakan untuk para mujahid dakwah beberapa bahtera penyelamat di tengah-tengah badai bencana ini. Andainya mereka menaiki bahtera tersebut, pasti mereka akan selamat. Mereka akan dibawa ke pantai aman dan terselamat dari kesesatan dan penyimpangan. Di antara bahtera penyelamat yang disediakan oleh Allah untuk hambaNya yang bertaqwa ialah

1) BAHTERA MAKRIFATULAH

-Bahtera ini mampu mengamankan seseorang dari kesesatan dan penyelewangan. orang yang meneganli Allah tentu akan mengenali jalan menuju ke arah kebaikan. oleh sebab itu, tentulah ia besikap waspada agar tidak terjebak dalam kejahatan tersebut. inilah pangkal jalan kebaikan. ia merupakan titik tolak golongan salikin dan murtarsyidin. Ia juga adalah pendinding dari keburukan dan penyimpangan.

2) BAHTERA 'IBADATULLAH

- Bahtera ini juga merupakan penyelamat dari tenggelam dalam arus kesesatan, kejahatan dan penyelewegan. pelaksanaan ibadah yang banyak. menurut cara yang baik berterusan memperkukuh dan mengekalkan hubungan hamba dengan Allah. Orang yang sentiasa berhubungan dengan Allah sebenar-benarnya sentiasa dalam lembayung jagaan, rahmat,'Inayah dan pertolongan Allah s.w.t

3) BAHTERA ZIKRULLAH

-Bahtera ini dapat menyelamatkan seseorang dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu-ragu, was-was, bimbang, perasaan tidak tenteram dan beberapa penyakit jiwa yang lain. Zikrullah menimbulkan kesan yang baik dalam hati. ia memberikan rasa damai, tenteram, yakin dan gembira dalam jiwa seseorang.

4) BAHTERA AL-KHAUFU MIN ALLAH

-Bahtera ini menghindarkan pendakwah dari tenggelam dalam lubuk bacul, takut kepada yang bukan-bukan , derhaka dan terbenam dalam kancah dosa. Orang yang takut kepada Allah, Allah terbitkan dalam hatinya rasa berani dan nekad berjuang. Ia mempunyai harga diri. Ia tidak takut menentang musuh. Tidak gentar menentang tirani. Tidak malu berterus-ternag mengatakan yang benar.

5) BAHTERA MURAQABATULLAH

-bahtera ini menyelamatkan seseorang dari terjebak dalam kancah syubhat, penyelewengan dan hanyut menurut angkara nafsu. Orang yang sentiasa peka dan bermuraqabah dengan Allah (yakni; ingat akan tilikan pandangn Allah kepadanya), tentu akan menutup lubang-lubang tempat meresapnya syaitan dalam hatinya. Orang yang lalai dan yang tidak bermuraqabah dengan Allah pasti ia ditakhluki oleh syaitan. belalai syaitan mengulitinya. benteng pertahannnya lemah.Jiwanya tidak bermaya manakala daya juangnya pula rapuh.

6) BAHTERA HUBUBULLAH

-Bahtera ini bahtera penyelamat dari tenggelam dalam mabuk cinta dunia, terlalumengejar harta fana, sibuk memenuhi kehendak nafsu syahwat. Orang yang hatinya berpaut kuat dengan Allah tidak akan ada lagi ruang di sudut hatinya untuk mencitai yang lain lebih dari Allah sendiri. kalaupun ia cinta kepada sesiapa, maka cintanya itu adalah kerana Allah sama ada kasih kepada saudara, suami, anak, atau siapa sahaja.

7) BAHTERA REDA

-Bahtera ini menyelamatkan seseorang dari tamak haloba, dengki, sempit dada dan sikap pesimistik (sangka buruk). Reda (terhadap taqdir) adalah ciri mukmin yang sejati. Iman tidak akan sempurna tanpa ciri ini. Para pendakwah Islam adalah orang yang paling diutamakan untuk mempunyai sifat redha dengan taqdir Allah, samada taqdir yang baik mahupun sebaliknya.

8) BAHTERA HUBBUR RASUL

- Cinta kepada rasul ibarat bahtera penyelamat dari hanyut menurut hawa nafsu, lorong-lorong sesat dan denai-denai syaitan. kecintaan kepada Rasul sayugianya mendorong seseorang menjejaki sunnah beliau. Iltizam( Komitmen) dengan syariatnya dan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam susah senangnya. Mengamalkan sunnahnya, baik dalam hidup persendirian mahupun dalam hidup bermasyarakat. Rasa cinta kepada Rasul ini hendaknya lebih besar dan hebat dis sisi pendakwah dari rasa kasih kepada keluarga, anan dan manusia seluruhnya.

WaAllahua'lam..


Sunday, March 14, 2010

Rasulullah: Kemuliaanmu Dihina Siri 3

Menerusi siri 1 dan 2 penulis menulis beberapa kronologi yakni orang yang mati kerana mempertahankan Rasulullah dihina dan orang-orang yang menghina Rasululah s.a.w. Dan menerusi siri ketiga ini penulis ingin membuat kupasan sedikit mengenai isu ini..

Siapakah Rasulullah s.a.w? Dia ialah utusan Allah untuk umat akhir zaman dan memberi rahmat untuk sekalian alam. Dia diutuskan untuk menyampaikan risalah agama Allah kepada seluruh umat manusia..bukan untuk umat tertentu..Begitu besar tugas Rasulullah s.a.w untuk dilaksanakan..sebagai balasan kita Rasulullah dihina. Rasulullah dikurniakan al-Quran Kitabullah yang agung yang didalmnya terkandung ajaran dan syariat2 Islam yang menjadi panduan seluruh umat manusia dan dengan tiada al-Quran itu maka tersesat selama-lamanya manusia..sebagai balsan kita menghina al-Quran dan juga Rasulullah yang merupakan mukjizat terbesar baginda..
Dan disaat rasululllah wafat kalam yang terkeluar dari bibir baginda hanyala kita "umati, umati, umati". sebagai balasan Rasulullah dihina.Rasulullah merupakan satu-satunya Nabi yang akan bagi syafaat kepada umat akhir zaman..sebagai balasan Rasulullah dihina..Kenapa manusia paling agung itu dihina?dimana kita di saat Rasulullah dihina..Allah selaku khaliq telah memuliakan Rasulullah dengan bermacam-macam kemuliaan..sebaliknya kita manusia menghina kekasih Allah itudengan bermacam-macam kehinaan..siapakah kita?hebat sangat kita?sesungguhnya kitalah manusia paling tidak beruntung punya Nabi yang sentiasa mengingati umatnya..bukan pada zamannya sahaja sebaliknya sehingga hari kiamat.

Penulis merasa geram sangat dengan akhbar dari negara Kuffar seperti Denmark, Sweden, Perancis..mereka ni wajib diperangi tidak kisah walau apa cara sekalipun.mereka menulis dan menerusi karikatur yang amat hina sekali..laknatullah terhadap sesiapa yang menghina kekasih Allah. Dalam konteks negara Malaysia, memang patut kita mengadakan demonstrasi besar-besaran ke kedutaan negara terlibat menunjukkan bantahan kita terhadap perbuatan kejam negara tersebut. Namun, di Malaysia juga ada akhbar tertentu yang terang-terang menghina Rasulullah melalui karikatur...Malaysia dah negara Islam..x kan masih dunggu jugak..

Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bangkit mempertahankan Rasul Allah, Rasul Kita yang kita cintai dan sayangi dengan apa cara sekalipun. Jangan kita biar puak2 kuffar dan puak2 x bertanggungjawab terus-menerus melaksanakan agenda mereka dalam menghina Rasullulah..Murka Allah bersama golongan2 ini..renung-renungkan..Allah Rabbana wa Muhammad Rasulanna...

Saturday, March 13, 2010

Rasulullah: Kemuliaanmu Dihina Siri 2

Lihat gambar disebelah. itu merupakan permainan lego yang dicipta khas untuk menghina Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai. Apakah sensitiviti kita??kesinambungan kepada siri yang pertama, penulis ingin membawa sahabt2 sekalian menelusuri kronologi puak2 kuffar dalam menghina Nabi Muhammad melalui karikatur yang digambarkan dengan gambaran yang penuh hina. dan ini merupakan penghinaan kepada umat Islam seluruhnya.

2005: Akhbar Jyllands-Posten Denmark menerbitkan kartun-kartun menghina Nabi Muhammad saw. Dalam kartun tersebut digambarkan Rasulullah saw. sebagai orang yang berserban, membawa pedang dan di serbannya terselip bom.pemerintah Denmark merestui penghinaan tersebut. Kala itu, Pemerintah Denmark lewat PM Anders Fogh Rasmussen membela akhbar dengan alasan hak kebebasan berbicara


2006: kartun-kartun itu muat di media massa Norwegia salah satunya di akhbar harian Prancis, France Soir.


2008: Syarikat tersebut semakin berani lagi mencuat lagi setelah Badan Intelijen Denmark, PET mengklaim berhasil menggagalkan sebuah rencana pembunuhan terhadap kartunis Kurt Westergaard, yang menggambar kartun Nabi Muhammad itu. Keesokan harinya karikatur yang melecehkan dan menghina Islam tersebut dimuat kembali oleh sebelas media massa terkemuka di Denmark. Tidak kurang tiga harian di Eropa, yaitu di Swedia, Belanda dan Spanyol, juga mencetak karikatur penuh kebencian itu.


Itu antara sedikit kronologi-kronologi yang penulis dapat petik melalui sumber-sumber yang sedia ada berdasarkan peristiwa yang berlaku dan yang terbaru puak-puak kuffar terus berani.


2010: Tiga akhbar terbesar negara Denmark termasuk Jyllands-Posten serta 17 akhbar lain Ulang siar kartun hina Nabi Muhammad melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak 8membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw memakai sarban yang bentuknya mirip sebutir bom. Dan yang pailng terbaru pada 11 mac 2010, penulis Sweden Lars Vilk, 63 telah melakar karikatur yang menggambarkan Kepala Nabi Muhammad s.a.w pada badan anjing dan dikemukakan sebagai bahan pameran. akhbar Sweden menyiarkan dan mempertahankannya sebagai kebebasan bersuara. ini adalah satu cara untuk membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia supaya dilihat sebagai pengganas.


Rasulullah s.a.w dihina dimanakah kita?


Rasulullah: Kemuliaanmu Dihina Siri 1

Kronologi Terkorban Pejuang Yang Menentang Penghinaan Terhadap Nabi:

23 Februari: Jumlah kematian dalam pertempuran di Nigeria berpunca dari
protes terhadappenyiaran kartun menghina Nabimeningkat 93 semuanya.

18 Februari: 16 orang mati dalam serangan ke atas orang-orang Kristian
di bandar Maiduguri, utara Nigeria.

17 Februari
: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh akibat serangan pihak
keselamatan ketika protes di luar konsulat Itali dibandar Benghazi, Libya.

15 Februari: Tiga orang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Lahore.
Menteri Reformasi Itali,Roberto Calderoli berkata,
beliau mengedarkan t-shirt yang dicetak kartun yang menghina
Nabi Muhammad.

14 Februari: Pengawal keselamatan Pakistan menembak mati dua orang penunjuk
perasaan di Lahore.

8 Februari: Tiga orang mati dalam tunjuk perasaan di Afghanistan.

6 Februari: Sekurang-kurangnya lima orang mati dalam protes di Afganistan.
Di Somalia, seorang remaja terbunuhdalampertempuran penunjuk perasaan
dengan polis.

5 Februari: Seorang terbunuh dalam tunjuk perasaan di kedutaan
Denmark, di Beirut.






Falsafah: Antara Kefahaman Dan Kejahilan

SalamUkhwah Fillah. Di sini penulis ingin mendiskusi tentang kefahaman kita tentang falsafah. Apabila kita berbicara tentang Falsafah. Ramai yang masih tidak faham konsep falsafah yang sebenar. Masing-masing menghukum ilmu falsafah dengan macam-macam hukuman. Dan di sana dapat simpulkan ada "insan" yang sudah memahami konsep falsafah dan ada "insan" yang tidak memahami konsep falsafah itu sendiri.

Teringat kenangan ketika masuk UKM, penulis agak sukar menerima konsep Ilmu Falsafah itu. kerana di dalam ilmu falsafah itu terdapat keracuan yang agak ketara. Dan dari situ, timbul perbandingan dengan Ilmu Akidah. Namun Keracuan itu adalah berkaitan falsafah greek yang agak rapuh. Namun setelah penulis masuk ke peringkat seterusnya. penulis telah didedahkan dengan Ilmu falsafah Islam dan dari situ dapat penulis memahami sebahagian besar Ilmu falsafah itu sendiri. Falsafah Islam itu sendiri telah menerangkan konsep sebenar Ilmu falsafah itu sendiri setelah direkonlisasikan dengan Islam. Malah ilmu falsafah itu sendiri telah diiktiraf Ulama sebagai satu ilmu.

Namun, sekarang ni timbul persoalan terhadap golongan yang "jahil" dan paling sopan disebut "tidak tahu sedikit pun" tentang ilmu falsafah itu sendiri. Namun dengan kejahilan golongan ini bukan membawa kepada diam diri. Sebaliknya, golongan ini terus menghukum ilmu falsafah ini dengan perkataan " sesat, haram, bid'ah" dan pelbagai tohmahan lagi. golongan ini menghukum ilmu falsafah sedemikian kerana berhubungkait dengan falsafah greek tanpa mengetahui Ilmu falsafah itu dengan lebih mendalam. ini disebut "terlebih cerdik". Begitu "jumud" pemikiran golongan ini..sukanya penulis memetik tentang sejarah Imam as-Syafie.

Imam Syafie menghukum mempelajari Ilmu kalam Bid'ah. sememangnya Imam as-Syafie mempelajari ilmu kalam tersebut baru menghukum. Bukannya menghukum tanpa mempelajari seperti sekarang.ia mengatakan bid'ah terdapat hujahnya. ini kerana pada zamannya ilmu kalam telah diseleweng oleh golongan muktazilah. Imam as-Syafie ulama fiqh hebat pun mempelajari Ilmu kalam, sedangkan golongan sekarang x mempelajari sebaliknya terus hukum..Fikir-fikirkanlah. Jikalau golongan ini terus berhujah mengatakan ilmu falsafah itu haram maknanya apa yang dibawa oleh Ibnu Sina, al-Farabi, al-Kindi, Ibnu Rusyd dan lain2 adalah haram belaka. check and balanced.Penulis sebenarnya merasakan perlu didedahkan secara ringkas kepada golongan yang tidak memahami ilmu falsafah itu sendiri.

Semua Ilmu adalah milik Allah. Marilah kita berjuang menuntutnya.

Mahasiswa boleh kritik kerajaan- Saifuddin

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar sentiasa memperbetul setiap perkara yang dilihat salah bukan sahaja di universiti malah dalam pentadbiran negara.

Bercakap dalam satu forum anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Fakulti Sastera Sains Sosial Universiti Malaya malam tadi, Saifuddin berkata, ianya memerlukan keberanian dalam diri setiap mahasiswa dan mereka harus bertindak secara berjemaah.

Mahasiswa juga tegasnya boleh melontarkan kritikan kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak seharusnya melabelkan pengkritik sebagai pembangkang.

"Mahasiswa boleh mengkritik Kerajaan, dan Kerajaan tidak boleh cop pengkritik sebagai pembangkang," katanya di hadapan lebih 150 mahasiswa yang hadir.

Menyentuh mengenai sudut pidato yang dihidupkan semula di IPT selepas 20 tahun ianya dihentikan, Saifuddin berkata, sudut pidato merupakan satu platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan idea mereka melalui pengucapan awam.

Bagaimanapun, beliau yang mengakui mahasiswa mempunyai potensi untuk menggugat pentadbiran universiti mahu Hal Ehwal Pelajar (HEP) agar meletakkan halatuju yang betul dan memahami matlamat sudut pidato dihidupkan semula.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

"Apa maksud mahasiswa menggugat? Mengugat apa? Menteri? Organisasi, HEP, atau KPT?Amalan buruk, rasuah, kebejatan, kebobrokan?

"Melalui sudut pidato. mahasiswa ada potensi menggugat. Sebab itu HEP perlu ada halatuju yang betul dan faham matlamat sudut pidato. Tak perlu banyak undang-undang dan arahan dalam sudut pidato. Biarkan mahasiswa bebas mengendalikan sudut pidato.

"Mahasiswa boleh berfikir dan menentukan halatuju kampus sendiri," katanya.

Sudut pidato kembali diwujudkan di UM selepas lebih 20 tahun ia diharamkan apabila Akta kolej dan Universiti (AUKU) diperkenalkan.

Dua lagi panelis forum 'Mahasiswa Menggugat: Antara Realiti dan Fantasi' itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Prof. Dr. Redzuan Osman dan bekas bekan fakulti berkenaan, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar yang juga penulis buku 'Mahasiswa Menggugat'.
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator