Saturday, March 13, 2010

Rasulullah: Kemuliaanmu Dihina Siri 2

Lihat gambar disebelah. itu merupakan permainan lego yang dicipta khas untuk menghina Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai. Apakah sensitiviti kita??kesinambungan kepada siri yang pertama, penulis ingin membawa sahabt2 sekalian menelusuri kronologi puak2 kuffar dalam menghina Nabi Muhammad melalui karikatur yang digambarkan dengan gambaran yang penuh hina. dan ini merupakan penghinaan kepada umat Islam seluruhnya.

2005: Akhbar Jyllands-Posten Denmark menerbitkan kartun-kartun menghina Nabi Muhammad saw. Dalam kartun tersebut digambarkan Rasulullah saw. sebagai orang yang berserban, membawa pedang dan di serbannya terselip bom.pemerintah Denmark merestui penghinaan tersebut. Kala itu, Pemerintah Denmark lewat PM Anders Fogh Rasmussen membela akhbar dengan alasan hak kebebasan berbicara


2006: kartun-kartun itu muat di media massa Norwegia salah satunya di akhbar harian Prancis, France Soir.


2008: Syarikat tersebut semakin berani lagi mencuat lagi setelah Badan Intelijen Denmark, PET mengklaim berhasil menggagalkan sebuah rencana pembunuhan terhadap kartunis Kurt Westergaard, yang menggambar kartun Nabi Muhammad itu. Keesokan harinya karikatur yang melecehkan dan menghina Islam tersebut dimuat kembali oleh sebelas media massa terkemuka di Denmark. Tidak kurang tiga harian di Eropa, yaitu di Swedia, Belanda dan Spanyol, juga mencetak karikatur penuh kebencian itu.


Itu antara sedikit kronologi-kronologi yang penulis dapat petik melalui sumber-sumber yang sedia ada berdasarkan peristiwa yang berlaku dan yang terbaru puak-puak kuffar terus berani.


2010: Tiga akhbar terbesar negara Denmark termasuk Jyllands-Posten serta 17 akhbar lain Ulang siar kartun hina Nabi Muhammad melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak 8membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw memakai sarban yang bentuknya mirip sebutir bom. Dan yang pailng terbaru pada 11 mac 2010, penulis Sweden Lars Vilk, 63 telah melakar karikatur yang menggambarkan Kepala Nabi Muhammad s.a.w pada badan anjing dan dikemukakan sebagai bahan pameran. akhbar Sweden menyiarkan dan mempertahankannya sebagai kebebasan bersuara. ini adalah satu cara untuk membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia supaya dilihat sebagai pengganas.


Rasulullah s.a.w dihina dimanakah kita?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator