


Teringat kenangan ketika masuk UKM, penulis agak sukar menerima konsep Ilmu Falsafah itu. kerana di dalam ilmu falsafah itu terdapat keracuan yang agak ketara. Dan dari situ, timbul perbandingan dengan Ilmu Akidah. Namun Keracuan itu adalah berkaitan falsafah greek yang agak rapuh. Namun setelah penulis masuk ke peringkat seterusnya. penulis telah didedahkan dengan Ilmu falsafah Islam dan dari situ dapat penulis memahami sebahagian besar Ilmu falsafah itu sendiri. Falsafah Islam itu sendiri telah menerangkan konsep sebenar Ilmu falsafah itu sendiri setelah direkonlisasikan dengan Islam. Malah ilmu falsafah itu sendiri telah diiktiraf Ulama sebagai satu ilmu.
Namun, sekarang ni timbul persoalan terhadap golongan yang "jahil" dan paling sopan disebut "tidak tahu sedikit pun" tentang ilmu falsafah itu sendiri. Namun dengan kejahilan golongan ini bukan membawa kepada diam diri. Sebaliknya, golongan ini terus menghukum ilmu falsafah ini dengan perkataan " sesat, haram, bid'ah" dan pelbagai tohmahan lagi. golongan ini menghukum ilmu falsafah sedemikian kerana berhubungkait dengan falsafah greek tanpa mengetahui Ilmu falsafah itu dengan lebih mendalam. ini disebut "terlebih cerdik". Begitu "jumud" pemikiran golongan ini..sukanya penulis memetik tentang sejarah Imam as-Syafie.
Imam Syafie menghukum mempelajari Ilmu kalam Bid'ah. sememangnya Imam as-Syafie mempelajari ilmu kalam tersebut baru menghukum. Bukannya menghukum tanpa mempelajari seperti sekarang.ia mengatakan bid'ah terdapat hujahnya. ini kerana pada zamannya ilmu kalam telah diseleweng oleh golongan muktazilah. Imam as-Syafie ulama fiqh hebat pun mempelajari Ilmu kalam, sedangkan golongan sekarang x mempelajari sebaliknya terus hukum..Fikir-fikirkanlah. Jikalau golongan ini terus berhujah mengatakan ilmu falsafah itu haram maknanya apa yang dibawa oleh Ibnu Sina, al-Farabi, al-Kindi, Ibnu Rusyd dan lain2 adalah haram belaka. check and balanced.Penulis sebenarnya merasakan perlu didedahkan secara ringkas kepada golongan yang tidak memahami ilmu falsafah itu sendiri.
Semua Ilmu adalah milik Allah. Marilah kita berjuang menuntutnya.
0 comments:
Post a Comment