Monday, March 15, 2010

8 Bahtera Penyelamat Untuk Para Da'ie

Hidup sebagai pendakwah penuh dengan berbagai bagai-bagai cabaran. himpitan derita datang silih berganti. kadang-kadang pendakwah menderita disebabkan oleh orang lain, samada oleh orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam. Demikian lah ketentuan Allah. memang tanggungjawab berdakwah ke arah Islam adalah tanggungjawab jihad dan pengorbanan. perjuangan dakwah ialah perjungan mendaulatkan Kalimah Allah yang unggul dan menumpaskan pegangan kufur yang hina dan palsu.

Dalam menghadapi dan mengharung perjuangan melawan kebatilan ini, para pendakwah dan risalah Islamiyyah yang diperjuangkan ibarat Kapal di tengah-tengah gelombang besar yang menggila. keadaan mereka seolah-olah dalam gumpalan kegelapan yang pekat.

Bagaimana hebat sekalipun pertarungan, namun Allah dengan rahmatNya yang luas telah menyediakan untuk para mujahid dakwah beberapa bahtera penyelamat di tengah-tengah badai bencana ini. Andainya mereka menaiki bahtera tersebut, pasti mereka akan selamat. Mereka akan dibawa ke pantai aman dan terselamat dari kesesatan dan penyimpangan. Di antara bahtera penyelamat yang disediakan oleh Allah untuk hambaNya yang bertaqwa ialah

1) BAHTERA MAKRIFATULAH

-Bahtera ini mampu mengamankan seseorang dari kesesatan dan penyelewangan. orang yang meneganli Allah tentu akan mengenali jalan menuju ke arah kebaikan. oleh sebab itu, tentulah ia besikap waspada agar tidak terjebak dalam kejahatan tersebut. inilah pangkal jalan kebaikan. ia merupakan titik tolak golongan salikin dan murtarsyidin. Ia juga adalah pendinding dari keburukan dan penyimpangan.

2) BAHTERA 'IBADATULLAH

- Bahtera ini juga merupakan penyelamat dari tenggelam dalam arus kesesatan, kejahatan dan penyelewegan. pelaksanaan ibadah yang banyak. menurut cara yang baik berterusan memperkukuh dan mengekalkan hubungan hamba dengan Allah. Orang yang sentiasa berhubungan dengan Allah sebenar-benarnya sentiasa dalam lembayung jagaan, rahmat,'Inayah dan pertolongan Allah s.w.t

3) BAHTERA ZIKRULLAH

-Bahtera ini dapat menyelamatkan seseorang dari tenggelam dan hanyut dalam arus ragu-ragu, was-was, bimbang, perasaan tidak tenteram dan beberapa penyakit jiwa yang lain. Zikrullah menimbulkan kesan yang baik dalam hati. ia memberikan rasa damai, tenteram, yakin dan gembira dalam jiwa seseorang.

4) BAHTERA AL-KHAUFU MIN ALLAH

-Bahtera ini menghindarkan pendakwah dari tenggelam dalam lubuk bacul, takut kepada yang bukan-bukan , derhaka dan terbenam dalam kancah dosa. Orang yang takut kepada Allah, Allah terbitkan dalam hatinya rasa berani dan nekad berjuang. Ia mempunyai harga diri. Ia tidak takut menentang musuh. Tidak gentar menentang tirani. Tidak malu berterus-ternag mengatakan yang benar.

5) BAHTERA MURAQABATULLAH

-bahtera ini menyelamatkan seseorang dari terjebak dalam kancah syubhat, penyelewengan dan hanyut menurut angkara nafsu. Orang yang sentiasa peka dan bermuraqabah dengan Allah (yakni; ingat akan tilikan pandangn Allah kepadanya), tentu akan menutup lubang-lubang tempat meresapnya syaitan dalam hatinya. Orang yang lalai dan yang tidak bermuraqabah dengan Allah pasti ia ditakhluki oleh syaitan. belalai syaitan mengulitinya. benteng pertahannnya lemah.Jiwanya tidak bermaya manakala daya juangnya pula rapuh.

6) BAHTERA HUBUBULLAH

-Bahtera ini bahtera penyelamat dari tenggelam dalam mabuk cinta dunia, terlalumengejar harta fana, sibuk memenuhi kehendak nafsu syahwat. Orang yang hatinya berpaut kuat dengan Allah tidak akan ada lagi ruang di sudut hatinya untuk mencitai yang lain lebih dari Allah sendiri. kalaupun ia cinta kepada sesiapa, maka cintanya itu adalah kerana Allah sama ada kasih kepada saudara, suami, anak, atau siapa sahaja.

7) BAHTERA REDA

-Bahtera ini menyelamatkan seseorang dari tamak haloba, dengki, sempit dada dan sikap pesimistik (sangka buruk). Reda (terhadap taqdir) adalah ciri mukmin yang sejati. Iman tidak akan sempurna tanpa ciri ini. Para pendakwah Islam adalah orang yang paling diutamakan untuk mempunyai sifat redha dengan taqdir Allah, samada taqdir yang baik mahupun sebaliknya.

8) BAHTERA HUBBUR RASUL

- Cinta kepada rasul ibarat bahtera penyelamat dari hanyut menurut hawa nafsu, lorong-lorong sesat dan denai-denai syaitan. kecintaan kepada Rasul sayugianya mendorong seseorang menjejaki sunnah beliau. Iltizam( Komitmen) dengan syariatnya dan bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam susah senangnya. Mengamalkan sunnahnya, baik dalam hidup persendirian mahupun dalam hidup bermasyarakat. Rasa cinta kepada Rasul ini hendaknya lebih besar dan hebat dis sisi pendakwah dari rasa kasih kepada keluarga, anan dan manusia seluruhnya.

WaAllahua'lam..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright © mukatifun an-nahad
Convert By NewBloggerTemplates Wordpress by WpThemesCreator