
Saturday, June 5, 2010
Ilmuwan Islam: Salahuddin bebas Baitulmaqdis daripada cengkaman Kristian

Wednesday, May 26, 2010
Nikmat Yang Dikufuri


يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ
“Allah mewasiatkan kepada kalian tentang anak-anak kalian” [QS. an-Nisa' : 11]
Firman Allah lagi:
المَالُ وَالْبَنُوْنَ زِيْنَةُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا
“ Harta benda dan anak-anak ialah perhiasan dunia”(QS. al-Kahfi:46)
Sesungguhnya anugerah Allah ini tidak ramai yang dapat merasanya kerana ada pasangan kahwin puluh-puluhan kahwin tetapi tidak dianugerahkan anak dan yang banyak yang dah kahwin tetapi tidak dianugerahkan anak seumur hidup. Itulah anugerah Allah yang Allah kurniakan untuk manusia terpilih untuk menikmatinya. Cepat dan lambat adalah dengan kehendak Allah. Mana mungkin pasangan yang dikurniakan anak yang dapat cepat adalah kurniaan Allah untuk hamba dikasihinyaNya. Manakala jika lambat mana mungkin Allah ingin menguji hamaNYa atau Allah ingin memberi sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang..
Tetapi pada masa kini, nikmat itu telah disalahguna oleh makhluk yang bernama manusia. Mereka telah mempersia-siakan anugerah Allah ini. Bahkan mereka telah berlaku kejam terhadap anugerah Allah ini. Itukah namanya manusia. Malah tidak layak gelaran manusia tidak sesuai diberikan kepada makhluk sebegini mereka melakukan seks bebas, zina dan sebagainya sehingga melahirkan zuriat yang tidak bersalah ini. dan dengan senang-lenang, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai rasa kemanusiaan, terus membuang anugerah Allah. Itulah manusia yang kufur nikmat.
Dan akhirnya banyak perkara yang dapat kita dengar akhirnya anak di buang di dalam tong sampah, anak ditanam hidup-hidup bersama uri, anak-anak dibuang di dalam longkang, dibuang di dalam semak-samun dan paling teruk dibakar dengan api. Dan akhirnya membawa kepada pengakhiran hidup kepada makhluk Allah yang tidak berdosa ini.
Inilah manusia yang tidak pernah bersyukur dengan kurniaan Allah. Sememangnya undang-undang sedia ada harus diperketatkan lagi bagi membendung gejala buang anak anak ini dari terus berleluasa. Jangan sekadar banyak melaporkan berita-berita tanpa ada langkah pencegahan yang semaksima mungkin yang perlu diambil.waAllahu ‘alam
Tuesday, May 25, 2010
Kisah Berpisahnya Roh Dari Jasad
Dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah s.a.w. duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan tertidur.
Saturday, May 22, 2010
Ilmuwan Islam: Ibnu al-Baitar perintis perubatan herba

Sunday, May 16, 2010
Rasulullah s.a.w dan Pengemis Yahudi Buta

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.
Akhirnya...



'Aid Yaumul Muallim

Puisi : Guru Oh Guru
(SN Usman Awang)

